“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi…” - Wani Kayrie miliki Mercedes-Benz - Utusan Malaysia

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi…” – Wani Kayrie miliki Mercedes-Benz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Wani Kayrie menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana impian untuk memiliki kereta sendiri tercapai.

Menerusi entri Instargam, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang itu memuat naik beberapa keping gambar bersama kereta mewah jenis Mercedes-Benz.

Menurut Wani, kereta berkenaan dibeli atas hasil titik peluhnya bekerja tanpa mengira waktu.

“Ganjaran diri untuk 2022. Alhamdulillah, terima kasih atas rezek ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk mempunyai kereta sendiri bagi urusan harian.

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Wani turut mengucapkan penghargaan buat semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan sepanjang dirinya bergelar penyanyi.

“Terima kasih yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselitnya doa-doa dari anda semua.

“Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian. Terima kasih mama @kaysabah untuk kejutan ini. Terima kasih juga @ju.cars memudahkan urusan saya,” ujarnya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah buat penyanyi berkenaan atas kejayaan memiliki kereta idaman.

“Alhamdulillah, tahniah Wani sayang!” komen pelakon Eyra Hazali.

“Tahniah adik! Rancak” komen juga penyampai radio, Radin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya