DINOBATKAN Miss Universe Malaysia 2020 (MUM2020), Francisca Luhong James, 26, mencipta sejarah sebagai gadis keturunan Dayak pertama memenangi gelaran itu. Apatah lagi, pada zaman remajanya, dia tidak pernah berniat memasuki pertandingan ratu cantik. Ketika memutuskan bertanding di MUM2020, niatnya cuma mencabar diri dan memberi persembahan terbaik. Lantas, apabila dimahkotakan sebagai juara, kegembiraannya adalah berganda. “Sebelum ini, saya memang jenis lasak dan jarang tampil feminin. Bahkan, saya tidak pernah pun terfikir layak untuk bertanding ratu cantik apa lagi mahu mencuba nasib dalam bidang ini. “Pada 2015, baru saya memberanikan diri mencubanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya