“Dia tengah cari mangsa, jangan terpedaya” -Adibah Noor minta sekat akaun Instagram pertamanya - Utusan Malaysia

“Dia tengah cari mangsa, jangan terpedaya” -Adibah Noor minta sekat akaun Instagram pertamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Adibah Noor, meminta semua pengikut akaun Instagram pertamanya iaitu @adibah_noor agar segera mengambil tindakan untuk menekan butang ‘unfollow’, lapor serta menyekat akaun berkenaan.

Menurut Adibah, dia memaklumkan akaun berkenaan telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi entri Instagram baharu miliknya.

“Minta baca ini dan membuat tindakan dengan segera. Jika dulu anda pernah mengikut akaun Instagram saya @adibah_noor, sekarang namanya sudah ditukar oleh penggodam kepada akaun @alipektasofficial.

“Jadi, sila unfollow, lapor serta sekat. Penggodam itu sedang meraih simpati kononnnya tiada duit jadi hendak menjual akaun itu,” katanya di Instagram.

Tambah penyanyi itu, dia menasihati agar semua pengguna mengambil tindakan menyekat akaun berkenaan jika menerima pesanan daripada penggodam berkenaan supaya tidak menjadi mangsa.

“Dia pernah meminta duit daripada saya kalau hendak akaun lama semula. Saya tidak layan.

“Jadi, dia sedang mencari mangsa. Jangan terpedaya. Lapor dan sekat terus. Terima kasih,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih atas informasi tersebut selain mengambil tindakan untuk melaporkan akaun berkenaan dengan segera.

“Selesai lapor dan sekat Kak Adibah,” komen seorang warganet.

“Ya Tuhan, nasib baik saya tidak kena,” komen juga seorang warganet.

“Terima kasih di atas informasi, selesai lapor” komen lagi pengguna yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya