Kemunculan aktiviti perlombongan dan ladang hutan berskala besar di kawasan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) dilihat antara faktor utama ancaman habitat hidupan liar, sekali gus membawa kepada kepupusan spesies. Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman mendedahkan, biarpun statistik Jabatan Perhutanan merekodkan masih terdapat 48 peratus HSK di semenanjung , namun bukan semua tanah berhutan. Misalnya, HSK di beberapa negeri seperti Perak, Kelantan dan Pahang menjalankan aktiviti perlombongan dan ladang hutan atau juga dikenali sebagai ladang monokultur. Ladang hutan memerlukan hutan digondol atau ‘dibotakkan’ terlebih dahulu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya