"Ada sesi tazkirah, doa yang diaminkan alim ulama" -Resepsi perkahwinan Heliza Helmi dipenuhi agamawan - Utusan Malaysia

“Ada sesi tazkirah, doa yang diaminkan alim ulama” -Resepsi perkahwinan Heliza Helmi dipenuhi agamawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi dan pasangan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman baru sahaja melangsungkan majilis resepsi di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Menerusi platform Facebook, ada segelintir warganet berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan kedua pasangan dua sejoli itu berbusana sedondon berona merah jambu, ketika di majlis tersebut.

Difahamkan, aturcara resepsi berkenaan dipenuhi dengan alunan selawat, zikir, bacaan ayat suci Al-Quran serta persembahan nyanyian nasyid.

“Tahniah kepada mempelai Heliza dan suaminya. Apa pun tenang kedua mempelai ini dan paling terbaik tetamu yang datang orang-orang hebat.

“Berkumandang selawat majlis ilmu ke atas Nabi Muhammad dan sedikit majlis ilmu dari Ustaz Wadi Anuar.

“Subhanallah, pemakaian pengantin perempuan pun sejuk mata memandang,” kongsi pengguna Facebook bernama Siti Sharmilah Kamil.

Menjengah ke entri pengguna lain, dilihat para tetamu juga terdiri daripada para ulama dan agamawan.

“Majlis resepsi Heliza dipenuhi dengan ulama dan agamawan. Ada alunan selawat, zikir serta ayat suci Al-Quran.

“Ada sesi tazkirah oleh penceramah dan doa yang diaminkan alim ulama. MasyaAllah. Tidak tahu kenapa Kak Abby sebak setiap kali doa dibaca buat kedua mempelai.

“Terselit juga doa Kak Abby dan seluruh pasangan beragama Islam. Moga Allah makbulkan doa-doa itu,” kongsi juga pengguna Facebook bernama Fabillah Yunos.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan pujian berhubung konsep majlis yang penuh bermanfaat selain mendoakan kedua pasangan itu kekal sehingga ke syurga Allah.

Sekadar informasi, Heliza dan suami mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2022, jam 11.11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya