KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Liza Hanim mendedahkan dirinya dan lima anak-anak serta ibunya positif jangkitan wabak Covid-19.
Berkongsi berita mengerikan itu di akaun Instagram miliknya, dia berharap orang ramai mendoakan semoga mereka sembuh daripada wabak berbahaya berkenaan.
“Yang ditakuti terjadi, saya sekarang salah seorang dalam statistik jangkitan.
“Akak (gelar dirinya) mohon doakan akak, emak akak, dan kelima-lima anak akak kembali pulih dari Covid-19,” ujarnya.
Penyanyi lagu popular Siapa Sangka Siapa Menduga bagaimanapun reda dengan takdir itu.
“Alhamdulillah, kami dipilih menerima ujian Allah. Semoga kami kuat. Terima kasih semua,” akhirinya.
Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, majoriti melayangkan doa dan ucapan buat Liza sekeluarga semoga lekas sembuh.