Talha Harith botak demi watak - Utusan Malaysia

Talha Harith botak demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Talha Harith, 32, memberitahu terpaksa mengubah imej untuk menghidupkan watak Zafran yang dilakonkannya menerusi drama I Promise, Janji Anaqi.

Empunya nama sebenar Talha Harith Amir ini berkata, dia perlu membotakkan kepala dan menaikkan berat badan bagi memenuhi tuntutan karakter berkenaan.

“Ini pertama kali saya cukur botak dan naikkan berat badan. Syukur dapatkan naikkan sebab kalau kurus macam dahulu tak kena untuk karakter ini.

“Saya memang naikkan badan, antara 64 hingga 68 kilogram (kg) dalam masa satu minggu. Sebelum ini saya muncul dalam drama Curi-Curi Cinta, watak lain.

“Ini merupakan kelainan 360 darjah. Kita buat lain untuk drama ini,” katanya.

Watak Zafran yang dilakonkan Talha merupakan seorang suami yang pada awalnya bertanggungjawab namun berubah kepada seorang yang agresif dan sering mendera isterinya.

Cerita Talha lagi, dia sedia dikecam gara-gara watak berkenaan.

Katanya, kecaman bukan perkara baharu bagi dirinya memandang sebelum ini pernah berdepan situasi lebih buruk yang mengancam keselamatan.

“Saya pernah kena ‘hempuk’ dengan seorang makcik dengan beg tangannya yang berat. Semoga tak kena untuk kali ini.

“Sekarang pula kena marah dan dianggap si botak yang kurang ajar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN