“Tak tahu nak gambarkan perasaan…” -Lan Solo, isteri bantu jiran terdekat hadapi banjir - Utusan Malaysia

“Tak tahu nak gambarkan perasaan…” -Lan Solo, isteri bantu jiran terdekat hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Lan Solo, Sheila Razlan, menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi susulan inisiatifnya untuk membantu mangsa banjir di kawasan kediaman terdekat berjalan dengan lancar.

Menerusi entri Intagram, dia ada memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan sedang mengagihkan barang keperluan kepada penduduk sekitar.

Menurut Sheila, pada awalnya dia cuma merancang untuk membantu kawasan kejiranan terdekat sahaja.

Namun, selepas dia dan suami membuat tinjauan, dia mengakui terkesan sejurus melihat kebanyakan keluarga B40 menerima nasib lebih teruk ekoran musibah air bah itu.

“Tiga hari yang mengembirakan. Niat utama nak bantu orang terdekat sahaja dahulu untuk mendapatkan keperluan pasca banjir. Sebab semua sedia maklum, musibah banjir ini datang belum hari gaji dan kebanyakan di antara kita adalah golongan B40.

“Kami juga golongan B40 yang terkesan. Bukan soal duit, namun KY (Sheila) dapat rasa kepayahan orang sekeliling juga. Bila air surut sahaja, KY dan LS (Lan) mula mengelilingi kampung.

“Dan tidak tahu nak gambarkan perasaan bila melihat rumah mereka yang jauh lebih teruk daripada rumah kami. Selepas itu, KY terus berbincang dengan LS apa yang ingin dilakukan untuk membantu orang-orang terdekat kita ini,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia juga mengambil inisiatif dengan menghubungi para kenalannya meminta bantuan berupa barang-barang asas bagi penduduk kampung.

“Kuasa tular sangat membantu dan sejak hari pertama kami mula membuat agihan, tidak henti-henti sumbangan masuk. Dengan inisiatif sendiri, habis orang sekeliling KY Whatsapp meminta bantuan untuk orang kampung saya.

“Alhamdulillah, Allah sebaik pengemudi segala perancangan. Kredit untuk semua sukarelawan dan orang perseorangan yang menyumbang. Kalian hebat!

“Untuk warga Kampung Sri Aman dan sekitar, gunakan lah bantuan dengan sebaiknya. Ingat orang belakang sama. Tidak rugi berbuat baik kepada sesiapa sahaja. percaya rezeki setiap antara kita tetap ada tetapi perlu usaha,” tulisnya panjang.

Terdahulu, Lan Solo dan keluarga antara selebriti yang terjejas akibat banjir malah difahamkan kawasan perumahannya telah ditenggelami air sehingga ke paras lutut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya