Siapa artis yang hina? Saya tak mahu sebut - Shiha Zikir - Utusan Malaysia

Siapa artis yang hina? Saya tak mahu sebut – Shiha Zikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak berhenti mengalirkan air mata ketika membuka cerita mengenai perihal seorang rakan artis yang tergamak menghina diri dan kerjayanya, Shiha Zikir, 34, bagaimanapun tetap enggan mendedahkan siapakah individu terkutuk tersebut.

Menurut Shiha, perkara tersebut sudah terlalu sakit untuk dihadapinya dan biarlah nama individu menjadi rahsia dirinya tanpa perlu diketahui oleh orang ramai.

“Oleh kerana saya faham bagaimana perasaannya apabila orang mengutuk, menghina dan cuba menjatuhkan kita, jadi untuk apa saya nak buat perkara yang serupa pada orang lain? Saya tak nak sebut nama dia.

“Biarlah orang berteka-teki. Saya sendiri sehingga sekarang pun masih terngiang-ngiang dengan kata-kata nista yang dilemparkan olehnya. Tak sangka, dia sanggup hubungi saya dan cakap macam-macam termasuk suruh saya balik rumah, cermin muka sendiri buat apa duduk dalam industri ini.

“Saya tak tipu, Memang sepanjang kurang lebih 20 minit dia hubungi di telefon hanya untuk memperlekehkan saya. Dia rakan industri. Dia sudah terbang tinggi, popular! Dia juga antara yang saya hormati namun tergamak buat begitu,”katanya.

Shiha berkata demikian semasa ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era edisi kelapan (AME2021) di Golden Screen Cinema (GSC), Tropicana Gardens Mall, di sini, semalam.

Menerusi penganjuran anugerah itu, Shiha tersenarai dalam empat pencalonan mengikut kategori berbeza iaitu Artis Versatil Meletop, Bintang Filem Meletop, Duo Meletop Era dan Lagu Meletop Era.

Selain itu, pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 ini berkata, dia sangat pasti bahawa artis terbabit tidak berniat bergurau kerana nada suara dan kenyataannya memang menjurus kepada penghinaan.

“Saya amat pasti dia tidak bergurau. Saya tahu bezakan. Tapi, apa yang saya tak faham ialah, mengapa dia tergamak buat begitu?Tak tahulah kalau dia ada rasa kurang senang dengan saya masuk industri ini atau sebab apa.

“Terus terang, saya jadikan bidang ini sebagai kerjaya kerana nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu. Siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sebenarnya, bukan artis itu saja yang pernah hina, ada juga orang lain yang cuba jatuhkan saya.

“Tapi saya tak tunjuk. Orang tak tahu betapa sakitnya jadi saya. Orang di luar hanya nampak saya ini seorang yang suka ketawa, nampak happy go lucky. Tapi di sebalik semua itu, sedih dan sakitnya saya sembunyi di belakang,”katanya.

Dalam pada itu, Shiha tidak menolak tindakan keterlaluan artis tersebut juga menjadi kemuncak kepada kejadian serangan anxiety yang kerap kali berlaku menimpanya.

“Apa yang dia cakap itu, memang saya tak boleh lupa. Pembantu peribadi pun ada di sebelah semasa kejadian artis itu hubungi saya dan dia pun terkejut dengan kata-kata si polan.

“Saya kerap kali kena serangan anxiety. Sebab itulah saya faham sangat perasaan orang yang terkena serangan itu. Orang yang tak pernah kena memang akan memperlekehkan situasi begini.

“Sebab itu jugalah, saya berjanji dengan diri sendiri, tak akan melayan atau buat mana-mana orang baru dalam industri macam apa yang saya pernah terima dan lalui. Saya faham sangat perasaan sakit itu bagaimana,”katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya