“Selagi lagu itu beri impak positif, tiada masalah” - Kmy Kmo - Utusan Malaysia

“Selagi lagu itu beri impak positif, tiada masalah” – Kmy Kmo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo berpandangan terdapat segelintir usahawan yang sengaja mengadakan lagu-lagu untuk mencetuskan kontroversi sedangkan memberi impak negatif pada industri muzik tanah air.

Jelas penyanyi lagu 7 Nasihat itu lagi, walau bagaimanapun, ada juga usahawan yang memberikan 200% komitmen untuk cuba menghasilkan karya yang terbaik dengan impak yang positif daripada pendengar.

“Contohnya lagu Iqbal Zulkefli yang bertajuk Hujan. Lagu itu bagi saya lagu yang bagus, yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang bagus.

“Malah, peratus sambutan pendengar yang positif menerima lagu itu dengan baik. Itu adalah satu kejayaan besar untuk dia yang pertama kali berkecimpung di dalam arena muzik tanah air.

“Bagi kmy, selagi sesebuah lagu itu dekat di hati pendengar dan topik yang dibawa pula banyak berlaku pada ramai orang itu tidak menjadi masalah,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Kata Kmy lagi, pendengar adalah tunjang utama untuk setiap karya yang dikeluarkan. Tanpa pendengar, lagu tidak akan sentiasa berlagu.

Tegas penyanyi itu juga, lagu-lagu yang diusahakan perlulah memberi impak besar pada fokus yang di tuju oleh para usahawan.

“Lebih memberi warna yang baik jika usahawan di dalam negara dapat hasilkan lagu dengan kualiti yang bagus dan dapat bersaing sebaris dengan lagu-lagu popular yang sedia ada.

“Sebagai seorang komposer memang saya mengaku setiap lagu-lagu dari dalam negara yang keluar di YouTube saya akan dengar sampai habis.

“Bahkan saya akan kaji pada sambutan lagu-lagu tersebut berdasarkan reaksi para pendengar di ruangan komen mereka dan sebesar mana impak lagu tersebut pada media sosial,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya