“Sedih, pilu, banyak harta benda musnah…”-Resort milik Aliff Syukri dilanda banjir lumpur - Utusan Malaysia

“Sedih, pilu, banyak harta benda musnah…”-Resort milik Aliff Syukri dilanda banjir lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan resort miliknya, Sugeh Eco Resort di Janda Baik, Pahang turut mengalami kerosakan akibat banjir.

Menerusi entri Instagram, dia yang kini berada di Turki memuat naik satu perkongsian video yang memperlihatkan keadaan resort berkenaan yang rosak teruk gara-gara bencana tersebut.

Menurut Aliff, beberapa kemudahan dan landskap di resort itu musnah selain haiwan turut mati.

“Allahuakbar, perasaan saya sangat sedih dan pilu. Tidak sangka Malaysia dilanda banjir seteruk ini. Tidak terkecuali resort saya di Janda Baik juga mengalami banjir lumpur dan air deras.

“Banyak harta benda musnah dan binatang mati. Tetapi saya lega, semua pelanggan selamat. Mohon maaf saya lambat menerima informasi kerana rangkaian di sini tidak berapa baik,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini mengambil beberapa inisiatif dalam mengutamakan keselamatan para pelanggannya yang menginap di resort berkenaan.

“Kepada semua pengunjung, jangan risau kami beri kebenaran kepada anda untuk menunda tarikh percutian.

“Kepada yang terkandas di Sugeh Eco Resort, kami sedia membantu anda untuk terus tinggal sementara keadaan kembali normal.

“Kepada mereka yang terkesan dengan banjir ini, InsyaAllah sampainya saya di sana, saya akan membantu anda,” katanya.

Pada masa sama, dia sempat bertanya kepada pengikutnya mengenai lokasi yang teruk dilanda banjir untuk memudahkan dirinya menyampaikan bantuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya