“Saya tak guna aset kerajaan” -Jovian Mandagie - Utusan Malaysia

“Saya tak guna aset kerajaan” -Jovian Mandagie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pereka fesyen dan juga menantu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jovian Mandagie tampil menafikan dirinya menggunakan aset kerajaan untuk tujuan peribadi selepas terkandas akibat banjir.

Menerusi entri Instagram, Jovian memuat naik satu tangkap layar menerusi ciapan seorang warganet yang mendakwa dirinya menaiki helikopter milik kerajaan sewaktu kejadian berkenaan.

Dia menyifatkan dakwaan netizen warganet berkenaan sebagai satu fitnah.

“Isu helikopter, tidak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk, saya sudah bergambar dan membuat video sakan.

“Bagi mereka yang mengenali saya, awak tahu yang saya bukan seperti itu. saya tidak menggunakan aset kerajaan.

“Lillahitaala tidak mungkin akan guna benda yang bukan hak saya. Kamu semua nak maki hamun saya, dipersilakan tetapi itu adalah fitnah,” katanya.

Dia dalam pada itu tampil menjelaskan tentang pertikaian warganet apabila pasukan bantuannya tidak menggunakan helikopter itu untuk membantu mangsa banjir yang lain.

Selain itu, Jovian juga menjawab persoalan mengapa dirinya secara tiba-tiba menawarkan bantuan kepada mangsa banjir selepas isu tersebut telah tular di media sosial.

“Kenapa tidak menggunakan helikopter untuk membantu orang ramai? Pasal itu helikopter komersial, jadi tidak boleh nak membuka pintu dan menurunkan bantuan atau menaikkan mangsa.

“Saya tiba-tiba buat bantuan setelah tular di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ini, set pakaian pelindung diri (PPE) putih, pelitup muka Palestin, bendera putih serta apa pun bencana. Saya suka bantu orang dan ikhlas!” jelasnya.

Terdahulu, pereka fesyen itu mendakwa difitnah apabila dia dikatakan menaiki helikopter kerana status sebagai menantu kepada Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya