“Saya dan Intan dalam keadaan yang baik” - Harris Alif - Utusan Malaysia

“Saya dan Intan dalam keadaan yang baik” – Harris Alif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diuji dengan jangkitan Covid-19, pelakon dan pengacara, Harris Alif memberitahu dia dan isteri, Intan Ladyana kini berada dalam keadaan baik.

Berkongsi perkembangan itu di Instagram, Harris memaklumkan dia ketika ini sedang menjalani kuarantin di rumah manakala Intan perlu menghabiskan kuarantin di hospital.

“Asalamualaikum semua. Alhamdulillah saya masih kuarantin di rumah dan isteri di hospital.

“Ramai sangat yang bertanya. Maaf tidak dapat membalas (pertanyaan) semua.

“Saya dan Intan dalam keadaan yang baik,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Harris juga memaklumkan isterinya yang kini sarat mengandung anak pertama mereka perlu menghabiskan tempoh kuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Intan kena habiskan kuarantin di hospital lagi lapan hari.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, isteri dan bayi.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kita,” tambahnya.

Harris dan Intan dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan sekitar dua hari lepas.

Pasangan itu dikejarkan ke HSB sebaik disahkan positif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya