Minat hasilkan pastri jadi punca rezeki bekas pakar IT. - Utusan Malaysia

Minat hasilkan pastri jadi punca rezeki bekas pakar IT.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Memiliki kelayakan akademik dalam jurusan perniagaan dan komputer sains, termasuk pengalaman 30 tahun di pelbagai syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, bagaimanapun bidang bakeri dan pastri pula menjadi pilihan usahawan, Rosli Manaf.

Tertanam dalam jiwa meminati aktiviti membakar kek, siapa sangka, akhirnya ia mengatur permulaan indah buat lelaki berusia 54 tahun ini beberapa tahun sebelum merancang simpanan persaraannya sejak Oktober tahun lalu.

Kehadiran jenama Homebaker At Clover bermula tahun 2015 dengan pengkhususan manisan berasaskan roti dipanggil Cinnamon Rolls menyebelahi nasib dan rezeki lelaki berasal dari Perak ini.

Dengan misi dan visi setiap orang berhak menikmati Cinnamon Rolls, jenama itu kini pantas mencuri perhatian.

Hingga kini dalam tempoh setahun, Rosli juga sudah memiliki lima cawangan termasuk bakeri, kafe dan kios di sekitar Selangor

“Masa bulan pertama kafe beroperasi, jualan bersih sampai cecah enam angka. Itu bakar semangat. Kita juga terus variasikan perisa (toppings) dan tambah menu baru. Jualan secara dingin beku juga ada dijual di cawangan kami.

“Menjelang tahun depan, kita sasarkan 30 lagi cawangan jenama ini diwujudkan termasuk di KL. Tahun seterusnya ada rezeki nak berkembang ke negeri lain pula. Malah kita masih lagi melakukan penyelidikan untuk pelbagaikan menu manis ini dengan cara sihat yang pelbagai,” katanya yang mempunyai sekitar 38 pekerja.

Mengimbas kembali bagaimana jenama ini bermula, Rosli sendiri tidak menyangka percaturannya menjadi dan dipermudahkan.

“Ketika menghitung detik untuk bersara daripada kerja hakiki, saya mula intai cabang kerjaya baru demi menyambung pendapatan hari mendatang. Saya tidaklah mahu bergantung duit simpanan semata mata.

“Minat ‘baking’ akhirnya mencetuskan idea menghasilkan roti gulung ditabur serbuk kulit manis atau cinnamon rolls.

“Asalnya bermula mula suka buat jamu tetamu dengan bersandarkan belajar dengan bantuan resipi secara cuba jaya di YouTube. Tak sangka menjadi, hingga ada yang nak tempah untuk parti dan kenduri. Ketika itu operasi hanya di rumah,” katanya.

Malah, sejak setahun memiliki cawangan kafe pertama di Bukit Jelutong dengan ‘tagline’ setiap sambutan perayaan dirai, jenama berasaskan artisan bakeri itu menawarkan promosi istimewa menjelang Krismas dan Tahun Baru.

“Kali ini kami tawarkan tiga pakej kotak bersaiz standard dan mini seperti lazimnya. Kotak paling besar memuatkan 16 biji Cinnamon rolls pelbagai perisa dan ‘toppings’ dijual sekitar harga RM88.

“Malah sebagai usaha menarik perhatian penggemar menu sihat, kita buat kali pertama hadirkan seleksi vegan tanpa ada unsur lemak haiwan dan telur. Kami dalam masa yang sama juga mahu mendidik masyarakat terhadap pasaran pemanis mulut arus perdana dengan memberikan alternatif dari harga semurah RM5 ke atas.

“Kenapa kalau ada keraian atau sambutan acara, kek, kek cawan atau ‘brownies’ yang jadi pilihan. Kenapa bukan Cinnamon Rolls? Sedangkan boleh biasakan cara sebegitu. Malah ada yang hadiahkan pemanis mulut itu sebagai pengganti kek. ‘Presentation’ pun ‘on’ dan meriah dengan ‘fondant’,” katanya.

Lawati Instagram dan Facebook di bawah nama @homebakeratclover untuk maklumat lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya