Soalan yang banyak ditimbulkan oleh umat Islam dari dahulu sampai sekarang, dari hujung Timur sehingga hujung Barat; siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)? Soalan ini sering ditanya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: Umatku akan berpecah belah sebanyak 73 golongan, semuanya berada dalam api neraka (sesat), kecuali satu. Lalu para sahabat bertanya kepada baginda: Siapakah mereka Ya Rasulullah? Maka jawab baginda: Siapa yang berpegang dengan aku dan sahabat-sahabatku. (Riwayat al-Tirmidzi). Daripada hadis ini, dapat difahami bahawa satu golongan yang tidak masuk dalam api neraka itu adalah golongan yang selamat. Mereka juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya