Lagu Sheila Majid buat Upiak gementar sampai lupa lirik - Utusan Malaysia

Lagu Sheila Majid buat Upiak gementar sampai lupa lirik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Cukup bernasib baik kerana tidak tersingkir, penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Indonesia, Upiak Isil, 36, mengaku terlalu gementar ketika menyanyikan lagu berjudul Pengemis Muda semasa bertanding dalam minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi.

Menurut Upiak, rasa gementar yang membelenggu juga membuatkan dia terlupa lirik sehingga menyaksikan kedudukannya berada di tangga terakhir pada minggu ini.

“Saya bukanlah hendak memberikan alasan. Tetapi jujurnya memang saya baru mendengar lagu nyanyian asal Datuk Sheila Majid ini sekitar minggu ini, ketika diberi tugasan.

“Mungkin sebab terlalu berasa ragu-ragu dan takut salah, tu yang jadi tersilap. Tapi bila saya Google lirik lagu, macam ada lain sikit pada satu baris lagu itu,”katanya.

Upiak berkata demikian semasa ditemui selepas membuat persembahan di konsert tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Selain itu, kata Upiak, ketika berada di pentas, dia juga terjebak hilang fokus kerana memikirkan komen-komen netizen yang mengecam dirinya.

Dalam pada itu, penyanyi Nikki Palikat mendapat markah tertinggi iaitu 78.50 manakala Aliff Aziz, 77.80 dan Ani Maiyuni di kedudukan ketiga dengan markah sebanyak 67.80.

Selain Datuk Ramli MS atau Tok Ram, kesemua peserta diadili seorang lagi juri tetap iaitu penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat selain pelakon Datuk Yusof Haslam sebagai juri jemputan.

GV8 minggu ini menampilkan Nabil Ahmad ditemani pelakon serba boleh, Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse yang tidak dapat melaksanakan tugasnya sebagai pengacara kerana terjejas akibat banjir.

Anugerah Digi Betul-Betul Luar Biasa dimenangi oleh Azan Scan manakala pemenang Bintang Cuckoo Paling Gempak jatuh kepada Sa. Ya.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya