“Jika boleh mahu pulang ke Malaysia sebentar jenguk tempat banjir” - Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

“Jika boleh mahu pulang ke Malaysia sebentar jenguk tempat banjir” – Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli menzahirkan hasratnya untuk pulang ke tanah air buat seketika bagi menjenguk kawasan banjir.

Perkara tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Hujan itu menerusi Instastory di entri Instagram miliknya.

Menerusi coretan panjang, Iqbal juga menitipkan harapan agar mereka yang terkesan terus kekal kuat dan saling bekerjasama untuk meringankan beban satu sama lain.

“Jika boleh, saya mahu pulang ke Malaysia sebentar. Mungkin tiga ke tujuh hari untuk menjenguk tempat banjir.

“Di saat ramai diuji kesusahan, bertimpa lagi ujian sebegini. Semoga kuat semangat, terus kerjasama serta saling meringankan.

“Berkorban untuk orang lain, pasti hari susah kita akan dipermudahkan kelak,” tulisnya di Instastory.

Mengulas lanjut, usahawan itu turut menasihati orang ramai agar kekal tabah dengan ujian yang sudah tentunya ada kebaikannya.

“Serendah hati saya, walaupun tidak melalui sendiri, tabahkan hati dan percaya bahawa tiada ujian yang akan berakhir dengan yang tidak baik.

“Jaga diri, orang sekeliling dan berdoa semoga dijauhkan dari hal yang tidak baik. Allah jaga kita. InsyaAllah,” katanya.

Sebagai informasi, Iqbal yang kini berada di negara jiran untuk satu tempoh yang panjang atas tujuan kerja dan mencari ketenangan hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya