Jangan main air banjir, elak penyakit berjangkit - Utusan Malaysia

Jangan main air banjir, elak penyakit berjangkit

ORANG ramai dinasihatkan tidak bermain air banjir untuk mengelak penyakit berjangkit. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Musim banjir yang melanda negara pada ketika ini perlu diambil serius oleh pelbagai pihak terutama mangsa bagi mengelakkan implikasi serius.

Terutamanya dalam perihal kesihatan diri dan keluarga. Apabila banjir berlaku, soal kesihatan diri perlu lebih dititikberatkan kerana risiko penyakit berjangkit lebih mudah berlaku.

Ia diakui oleh Pakar Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr. Muhamad Yazli Yuhana yang berkata, terdedah kepada air banjir boleh mendatangkan risiko beberapa penyakit.

Antaranya ialah kencing tikus atau Leptospirosis yang berpunca daripada air kencing tikus dan Meliodosis yang diakibatkan oleh kuman bawah tanah. 

DR. MUHAMAD YAZLI YUHANA

Risiko ini muncul kerana apabila banjir berlaku, tanah akan tercemar dan mengeluarkan kuman Meliodosis yang boleh menjangkiti sekiranya terminum air berkenaan.

Selain itu, mangsa yang terdedah kepada air banjir juga berisiko dijangkiti demam Kepialu atau Typhoid Fever yang disebabkan oleh pembuangan najis yang tidak terurus.

Tambah Dr. Muhamad Yazli, antara gejala yang perlu diperhati sebagai langkah berjaga-jaga adalah demam, cirit-birit, menggigil, sukar bernafas, sakit perut atau muntah.

“Demam lazimnya berlaku dua hingga tiga hari selepas terdedah kepada air banjir.

“Jangan dedahkan diri kepada banjir. Sekiranya kawasan anda menerimaamaran banjir, lakukan persediaan yang secukupnya,” ujarnya yang berkongsi langkah pencegahan.

Namun katanya, jika tidak dapat mengelakkan daripada banjir, pastikan mangsa membersihkan diri selepas banjir berlaku.

“Sebagai peringatan, sebelum berlaku banjir sebaik-baiknya pastikan persekitaran rumah itu bersih. Ini dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit disebabkan banjir.

“Elakkan diri dan anak-anak daripada bermain air banjir kerana mereka akan mudah dapat penyakit daripada banjir ini,” kata beliau.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya