KUALA LUMPUR : Dalam usaha meluaskan pagi empayar jenama dan perniagaan, syarikat reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn Bhd (IDW), kini mengintai pasaran antarabangsa menerusi penglibatan aktif dalam Ekspo Dunia.
Menurut pengasasnya, IDr Lokman Hakim Ahmad Subki dan IDr Rabiatul Adawiyah Rasol, penglibatan IDW bukan sahaja terbatas dalam industri tempatan dan inisiatif untuk melibatkan diri dalam Ekspo Dunia menjadi salah satu aktiviti wajib bagi mereka untuk mendapatkan inspirasi dan meluaskan pendedahan dalam bidang ini.
“IDW sering menghadiri Ekspo Dunia yang diadakan 5 tahun sekali ini tanpa gagal bermula dari Shanghai 2010, Milan 2015 dan kini Dubai 2020.
“Ekspo Dunia, atau secara rasminya dikenali sebagai Pameran Berdaftar Antarabangsa, merupakan himpunan negara seluruh dunia yang khusus mencari jalan penyelesaian kepada cabaran semasa dengan menawarkan pengalaman menyeluruh melalui aktiviti yang menarik dan mengasyikkan.
“Bagi kita di IDW, peluang yang ada sentiasa akan dimanfaatkan untuk mencari idea baharu bukan sahaja di Dubai, malah di sepanjang perjalanan kami menjelajahi dunia.” kata Lokman Hakim.
Menurut Hakim, ekspo berkenaan diadakan setiap 5 tahun sekali. Namun, anjuran bagi tahun 2020 telah ditunda kepada tahun ini akibat kesan daripada wabak Covid-19 yang melanda dunia.
“Seperti yang kita tahu, dunia dilanda pandemik dan kebanyakan kita tersekat di rumah hampir dua tahun. Sejujurnya, agak mencabar untuk menjadi produktif, dan sukar untuk kami mendapat ilham rekaan baru akibat keadaan ketika itu.
“Namun seiring membiasakan norma baharu, kami optimis berkarya. DIsebabkan itu, IDW amat teruja ke Dubai kali ini dan mengerah idea lebih inovatif dan serba baru.
“Perkara yang menarik perhatian IDW terhadap Ekspo Dunia adalah astaka luar biasa yang direka oleh 190 negara. Bayangkan, beratus budaya dan rekaan diletakkan dalam satu kawasan yang besar, dan kami dapat menyaksikannya secara nyata,” katanya.
Ekspo Dunia tahun ini diadakan di Dubai kerana ia pernah dinobatkan sebagai kota pesat membangun terpantas dunia.
Pengalaman ini memberi inspirasi kepada pasangan ini, malah mampu menjadi sumber idea untuk rekaan mereka pada masa akan datang.
“Hanya dalam masa 30 tahun, Dubai kini dikenali sebagai tempat yang sangat maju, memiliki menara tertinggi di dunia, pusat beli-belah terbesar dan mewah selain bangunan seni bina Arab serta Eropah.
“Oleh itu, IDW mengambil peluang ini bukan hanya untuk Ekspo Dunia, tetapi juga akan melawat hotel menakjubkan, rumah dan tempat bersejarah di bandar itu. Di sini antara tempat yang kami lawati akan ditayangkan di YouTube pada Januari 2022.”katanya.
Antara lokasi yang pernah mereka kunjungi ialah Hotel Rove World Expo, Hotel Palazzo Versace, Hotel Armani, Jumeirah Al Qasr, Atlantis Resort, St. Regis Hotel, Al Seef Old Dubai dan Dubai Creek.
Dalam pada itu, IDW akan menganjurkan ‘Mega Consultation Days’ terbuka untuk rakyat Malaysia yang akan membuka peluang untuk orang ramai untuk merasai pengalaman konsultasi reka bentuk dalaman secara percuma terhad untuk 7 hari sahaja.
“Kami baru sahaja tiba, tetapi tidak sabar untuk membawakan suasana ‘Dubai’ ke rumah rakyat Malaysia dengan sentuhan moden, mewah dan eksklusif.
“Ia akan diadakan selama seminggu bermula 24 hingga 31 Disember 2021 ini. IDW membuka pejabat baru kepada umum dan menawarkan rundingan percuma kepada orang ramai.