HOMEVEST dan Huawei Malaysia jalin kerjasama bandar pintar dan lestari. - Utusan Malaysia

HOMEVEST dan Huawei Malaysia jalin kerjasama bandar pintar dan lestari.

Dari kir, Chaang Yunhua, Pengurus Rakan Kongsi, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia, Lim Chee Siong (Naib Presiden, Penstoran Awan dan Kecerdasan Buatan, Huawei Malaysia),Datuk KY Lim (Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST) dan Datuk Marcus Low (Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi perkongsian strategik untuk melaksanakan penyelesaian inovatif dalam pembangunan bandar pintar.

Menerusinya, Bandar Pintar HOMEVEST akan dilengkapi dengan infrastruktur ICT yang dibekalkan oleh Huawei untuk mengoptimumkan kedayatahanan ekonomi serta persekitaran sekali gus meningkatkan kualiti hidup komuniti.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim, berkata, pihaknya sedang merancang untuk membangunkan ekosistem Bandar Pintar yang mampan bagi memenuhi kehendak pertumbuhan dan populasi penduduk bandar yang padat.

Katanya, ia termasuk mereka ruang konsep tinggal dan bekerja secara bersama yang digabungkan dengan teknologi gaya hidup pintar.

“Dengan menggabungkan teknologi canggih dan kemudahan pintar ke dalam rumah, rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada gaya hidup bandar yang lebih cekap, produktif dan mampan sambil menikmati kehidupan yang bahagia dan hubungan social yang erat.

“Konsep Bandar Pintar telah menjadi pendekatan penting dalam pembangunan bandar mampan banyak negara maju dan yang sedang membangun.

“Teknologi seperti Rangkaian Tanpa Wayar Termaju, Objek Rangkaian Internet (ORI), Pengkomputeran Awan, Komunikasi dan Kerjasama Bersepadu (UC&C) dan Pusat Operasi Pintar (IOC) ialah penyelesaian utama yang membolehkan inisiatif Bandar Pintar dilaksanakan,”katanya.

Sementara itu, menurut Naib Presiden, Penstoran Awan (Cloud) dan Kecerdasan Buatan (AI) Huawei Malaysia, Lim Chee Siong, dalam sektor bandar pintar, Huawei akan memberi tumpuan kepada infrastruktur ICT dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk mengatur ekosistem yang teguh dengan penyelesaian menyeluruh untuk pelanggan mereka.

“Huawei akan menyediakan pelbagai jenis produk dan penyelesaian ICT, termasuk modul komunikasi dan sistem pengendalian IoT, akses berwayar dan tanpa wayar, rangkaian tangkas, pusat data teragih berasaskan awan dan platform Data Besar.

“Semua itu demi memastikan gerak gempur transformasi digital sesama organisasi. Kolaborasi dengan HOMEVEST akan menyaksikan inovasi usahasama bagi pembangunan kepintaran hiburan dan penyampaian kandungan digital, penyelesaian berkaitan teknologi Huawei 5G, Awan dan Al,”katanya.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low pula percaya pakatan strategik itu seiring dengan impian dihajati.

“Dalam pelan hala tuju masa depan, kami melihat diri ini sebagai syarikat pembangunan hartanah pilihan dengan fokus untuk memacu kemampanan dalam pembangunan bandar pintar sambil mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham dan pemilik rumah kami,” katanya.

Terdahulu, HOMEVEST dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pembangunan Lestari anjuran Junior Chamber International Malaysia (JCIM) 2021 bagi projek tanggungjawab sosial korporat yang dimulakan semasa pandemik COVID-19.

Ditubuhkan pada 2016, HOMEVEST menawarkan nilai pulangan untuk rakan kongsi mereka dan menyediakan pemilikan rumah mampu milik untuk pelanggan.

Huawei Cloud pula menjadi syarikat pembekal khidmat Awan Awam Global utama yang seiring dengan jenama itu sejak 30 tahun lalu. Malah turut bersemangat menyediakan mutu awan yang berpatutan, berkesan dan dipercayai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya