FKPM tingkatkan upaya digitalisasi - Utusan Malaysia

FKPM tingkatkan upaya digitalisasi

Dr. Massila Hamzah menyerahkan cenderamata kepada Dr. Irmohizam Ibrahim dalam pelancaran laman sesawang The Comm di CMT Hub, UiTM Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Peka dengan dunia yang pesat mengorak langkah ke arah digitalisasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), melalui Pusat Pengajian Media Massa menganjurkan #McLIVE 5.0 dan melancarkan laman sesawang The Comm di CMT Hub, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 13 Disember 2021.

Usaha FKPM menyahut hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu bagi meningkatkan keupayaan digitalisasi dalam kampus.

Ia selari dengan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) menerusi penekanan elemen seperti Internet of Things (IOT) dan Kecerdikan Buatan (AI).

Melalui #McLIVE 5.0, tiga program (Kewartawanan, Penyiaran dan Penerbitan) di bawah Pusat Pengajian Media Massa menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengupas tema ‘Menghadapi Cabaran Pembelajaran Secara Terbuka dan Jarak Jauh’.

Pengerusi UiTM Technoventure, Datuk Dr. Irmohizam Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata, dalam zaman digital, perlu ada keberanian dalam mencabar status quo, membuat perubahan minda, melakukan anjakan paradigma, berfikir di luar kotak dan berkongsi sumber dan kepakaran.

“Melangkah ke hadapan, proses digitalisasi itu sewajarnya dilakukan dan disebar luas kerana manfaatnya bukan sahaja kepada keseluruhan warga fakulti, malahan kepada masyarakat setempat juga.

“Saya yakin hala tuju fakulti akan berfokus kepada inisiatif membangunkan prasarana digital ilmiah serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu menjadi rujukan bukan sahaja pelajar, tetapi juga untuk komuniti global,” katanya.

Sementara itu, Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Massila Hamzah bersyukur kerana fakulti berjaya mengharungi pelbagai halangan dan rintangan selama hampir 49 tahun penubuhannya.

“Pengiktirafan diterima oleh fakulti lebih daripada empat dekad ini membuktikan bahawa kita mampu terkehadapan dan mendahului dalam sesuatu bidang. Tetapi, kita tidak boleh selesa dengan pencapaian silam. Kita masih perlu menuju ke hadapan dan pandemik Covid-19 ini jelas mempamerkan keperluan untuk terus berwawasan.

“Kini, fakulti perlu mengorak langkah untuk membantu universiti menjadi universiti global terkemuka. Fakulti bersedia untuk bergerak selari dengan agenda transformasi UiTM dengan berpaksikan Pelan Strategik UiTM 2025.

“Kami akan lebih agresif dalam memperluas jaringan kerjasama di peringkat global. Ini jelas terbukti dalam program #McLIVE 5.0, dengan penglibatan Al Jazeera Media Network,” kongsinya.

Pihak fakulti juga telah menunjukan komitmen dalam hubungan dua hala yang erat bersama rangkaian media Al Jazeera dengan penganjuran bengkel dan latihan sempena #McLIVE 5.0.

Ia hasil usaha sama fakulti bersama rangkaian media itu setelah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) rasmi pada 7 Oktober 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya