Eskayvie buka pusat edaran pertama di Sarawak - Utusan Malaysia

Eskayvie buka pusat edaran pertama di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seiring visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) maju selangkah lagi mmenerusi pembukaan pusat edaran pertamanya di Sarikei, Sarawak yang telah pun memulakan operasinya pada 10 Disember lalu.

Menurut Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed, keputusan berkenaan didorong permintaan mendadak dua produknya iaitu Diffenz dan Diffenz Junior.

“Kami menjangkakan permintaan terhadap jenama ini akan mencecah 150,000 unit sebulan bagi pasaran Sabah dan Sarawak. Ia bersesuaian dengan keperluan masyarakat terhadap penjagaan kesihatan yang lebih baik pada masa kini termasuk di era pandemik Covid-19 ini,”katanya.

Kata Kartika lagi, pusat edaran terbaru di lokasi terbabit akan turut dilengkapi pusat latihan untuk usahawan Eskayvie Nexus bagi mengikuti pelbagai program latihan pemasaran dan jualan yang akan dijalankan.

“Program latihan keusahawanan ini akan dijalankan secara komprehensif untuk semua wakil jualan sah dan berdaftar sebagai Eskayvie Nexus” katanya.

Malah, Kartika optimis kewujudan pusat edaran itu dapat memberi banyak kelebihan kepada pelanggan dan pengguna khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Produk kami kini boleh didapati dengan lebih mudah dan cepat dengan tempoh penghantaran melalui khidmat kurier yang hanya mengambil masa sekitar satu hingga tiga hari bagi Sarawak.

“Manakala bagi Sabah pula mengambil masa jangkaan dalam tiga hingga lima hari. Inisiatif ini pastinya sangat membantu pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk menikmati penjimatan kos penghantaran yang lebih rendah dan lebih cepat berbanding sebelum ini.

“Selain itu, pusat edaran ini turut membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan tambahan sebagai usahawan Eskayvie Nexus,” katanya.

Menjelang 2022, Kartika berkata Eskayvie yang diterajui bersama suaminya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri itu mensasarkan untuk membantu seramai 50,000 usahawan menjana pendapatan lumayan.

Untuk maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau halaman Facebook Eskayvie Malaysia https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau Instagram @eskayviemalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya