- Utusan Malaysia
Surina Nordin (kanan) bersama para pensyarah dan pelajar Politeknik Merlimau dalam program ‘Cintai Sungai Kita @ Sungai Melaka’ di Taman Rempah, Melaka, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Politeknik Merlimau (PMM) menerusi Centre of Technology (COT) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PMM melaksanakan Program Gotong-Royong ‘Cintailah Sungai Kita @ Sungai Melaka’ Bersama Kelab Hospitio JPH.

Ia dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Negeri Melaka (PPSPM) serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Melaka (MOTAC) yang melibatkan sembilan pensyarah dan 19 pelajar baru-baru ini.

Menurut Pengurus COT PMM, Surina Nordin, program tersebut bertujuan memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya sungai-sungai di Melaka.

Ini supaya ia menjadi daya tarikan pelancongan di Negeri Melaka seterusnya dapat menyumbang kepada kesedaran sivik para pelajar dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

“Program gotong-royong Cintai Sungai Melaka yang dianjurkan oleh MOTAC dan PPSPM kali ini memberi pendedahan yang luas terhadap kepentingan menjaga dan seterusnya mengubah imej sungai kita.

“Bagi saya, jika kita sukar untuk mengubah dunia, ubahlah diri kita untuk lebih menghargai sungai kita. Ini kerana ia berpotensi sebagai pusat pelancongan dan salah satu sumber ekonomi negeri Melaka,” katanya.

Sementara itu, pensyarah JPH PMM, Hanis Aliaa Ramley berkata, peluang turut serta dalam program kemasyarakatan seperti itu amat bernilai harganya.

“Alhamdulillah, peluang begini memberi manfaat bukan sahaja dari segi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan sungai, malah turut menyuntik semangat cinta akan alam sekitar kita.

“Apabila melihat sendiri bagaimana sampah sarap menjadi pencemaran yang mencacatkan pemandangan sepanjang menelusuri sungai Melaka.

“Tambahan pula Sungai Melaka adalah salah satu tempat wajib tumpuan pelancong, rasa tanggungjawab dan peranan untuk memelihara alam sekitar semakin berkobar-kobar,’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya