“Untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat” - Dira Abu Zahar - Utusan Malaysia

“Untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat” – Dira Abu Zahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Dira Abu Zahar mendedahkan dia bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Instagramnya, keputusan itu dibuat kerana hasrat ingin menyambung legasi bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar.

“Saya Khaidhirah binti Abu Zahar dengan rasa rendah diri menawarkan diri bertanding sebagai Calon Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, calon ketiga.

“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar di sini.

“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya, Datuk Seri Abu Zahar untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” tulisnya.

Menerusi perkongsian hantaran sama, pelakon filem Kimchi Untuk Awak berharap agar penduduk di kawasan berkenaan dapat memberikan ruang, peluang dan kepercayaan kepada dirinya untuk menerajui Rim, Jasin.

“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri maju. Saya percaya legasi kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula. Bukan untuk yang lain, tetapi untuk kita semua.

“Dengan lafaz bismillah, saya memohon agar pengundi N.25 DUN Rim memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua. Saya calon anda pada 20 November ini,” akhirinya.

Menjengah di ruangan komen pelakon itu, ramai kenalan artis memberi dorongan kata-kata semangat buat dirinya.

“Ya, inilaj masanya untuk bersinar. Semoga yang terbaik untuk awak,” komen pelakon dan penerbit terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina.

“Semoga yang terbaik segalanya dan berjaya,” komen pelakon Vanidah Imran.

“Masya-Allah, semoga tuah menyebelahi awak,” komen Vie Shantie Khan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya