“Pernah ditawar RM500,000 untuk ke ranjang”- Azharina Azhar - Utusan Malaysia

“Pernah ditawar RM500,000 untuk ke ranjang”- Azharina Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mengimbas pengalaman lalu ketika di awal pembabitan,penyanyi Azharina Azhar tidak menafikan pernah ditawarkan sejumlah wang lumayan dengan imbuhan bulan bintang.

Katanya, sebagai penyanyi sudah tentulah banyak yang cuba ambil kesempatan. Cuma sebagai manusia kena pandai mengelak dengan cara baik.

“Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga.

“Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis,” ujarnya.

Mengulas lanjut hal tersebut, penyanyi lagu Elegi Sepi itu bukanlah orang yang sebegitu. Katanya, selalu pembantu peribadinya yang akan tolong jawabkan.

“Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah.

“Namun saya percaya hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita,” tegasnya.

Malah kongsi penyanyi lagu Seandainya itu, dia sendiri pernah menyaksikan di mana situasi ada penyanyi kena tidur dengan komposer berkenaan hanya untuk album atau bakal dijadikan artis.

“Namun saya tidak tahu kesahihan itu sejauh mana. Saya rasa dia (kawan) pun terus menjauhkan diri dengan komposer tersebut selepas kejadian itu,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya