Masjid UiTM Shah Alam jayakan program ‘kongsi rezeki’ - Utusan Malaysia

Masjid UiTM Shah Alam jayakan program ‘kongsi rezeki’

Pengarah Program Kongsi Rezeki UiTM, Mohd. Afiz Hasan menyampaikan bantuan ‘kongsi rezeki’ kepada warga universiti yang terjejas akibat Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ahli jawatankuasa Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menjayakan program ‘kongsi rezeki’ yang berlangsung sejak September lalu.

Sesuai dengan slogan ‘Keluarga UiTM’, program tersebut bertujuan menyalurkan bantuan keperluan asas kepada warga UiTM terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam, Hanafi Hamdani berkata, program itu adalah salah satu inisiatif dalam meringankan beban mereka yang terkesan.

“Bantuan adalah hasil sumbangan warga UiTM budiman. Selain itu, program ini bukan sahaja mampu membentuk sifat taawun atau bantu-membantu tetapi memupuk sifat kasih-sayang sesama masyarakat,” ujarnya.

Sumbangan adalah dalam bentuk keperluan asas seperti beras, susu, gula, minyak masak dan lain-lain.

Program itu diharap mampu memberikan sedikit keceriaan serta perasaan sebagai satu keluarga kepada warga UiTM terlibat.

Bantuan disampaikan terus ke tangan penerima oleh para pegawai Bahagian Hal Ehwal Islam secara berperingkat di jabatan-jabatan berkaitan serta terus ke kediaman penerima.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya