Resipi iIkan salmon percik Terengganu - Utusan Malaysia

Resipi iIkan salmon percik Terengganu

Ikan salmon percik sesuai buat individu yang suka mencuba resipi enak tetapi berkhasiat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAIN nasi dagang dan keropok lekor, antara makanan tradisi popular Terengganu ialah ikan percik.

Penyediaan menu itu lazimnya menggunakan ikan kembung. Namun kali ini Hotel Permai Kuala Terengganu tampil dengan cita rasa berbeza apabila memperkenalkan ikan salmon percik.

Gabungan Barat menerusi penggunaan ikan salmon diikuti kaedah tradisi dalam penghasilan kuah percik itu amat serasi hasil cetusan Cef Eksekutifnya, Mat Andri Abas.

Minggu ini, Seri bawakan resipi yang julung kali diperkenalkan di Hotel Permai bagi mengubah selera anda ketika makan malam, malah amat sesuai dinikmati terutama bagi yang ingin berdiet. Selamat mencuba.

Bahan untuk ikan:
250 gram ikan salmon (1 keping)
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sentimeter (cm)
kunyit hidup
Sedikit garam

Cara penyediaan:
Perap ikan dengan bahan perapan
Bakar ikan salmon enam minit atas kuali leper tanpa minyak.

Bahan kuah percik:
1 cawan santan pekat
4 sentimeter nisan atau gula Melaka
1/2 sudu makan pati ayam
Sedikit halba
1/3 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
2 batang lada kering (rebus dan toskan)
½ labu bawang besar
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit kunyit hidup
2 batang serai
Sedikit belacan

Cara penyediaan:
1. Satukan semua bahan kuah dan kisar, kemudian masak hingga pekat dan keluar minyak.

2. Tuangkan kuah percik ke atas ikan sambil dibakar atas kuali leper agar kuah dapat menyaluti tebal ikan salmon.

3.Bakar terlalu lama akan menjadikan isi ikan mudah hancur.

4.Lebih sedap jika proses membakar dilakukan sambil menuang kuah atas ikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya