Haqiem Rusli akhiri zaman bujang 19 November - Utusan Malaysia

Haqiem Rusli akhiri zaman bujang 19 November

HAQIEM mendedahkan sudah mengenali bakal isteri sejak dua tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat, Haqiem Rusli, 23, bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan suri hati pilihan, 19 November ini.

Haqiem berkata, dia merancang untuk mengadakan majlis kecil-kecilan selepas majlis pernikahannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Saya akan bernikah pada petang 19 November ini. Pada malamnya saya akan buat majlis secara kecil-kecilan.

“Jemputan hanya untuk keluarga. Rakan artis tidak ramai yang boleh datang,” katanya.

Penyanyi lagu Mimpi ini bagaimanapun masih belum mendedahkan identiti wanita yang bakal menjadi suri hatinya nanti.

“Dia merupakan rakan perniagaan dan bukan seorang artis.

“Seorang yang sangat sempoi dan pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya, dan lengkap untuk menemani dan hidup dengan saya selama-lamanya,” ujarnya.

Tambah Haqiem, kehadiran wanita itu membawa banyak perubahan kepada dirinya.

“Pandangan saya dia sangat lengkap dan cukup untuk saya. Saya bersedia untuk hidup bersamanya sampai bila-bila,” katanya lagi.

Dalam pada itu, empunya nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli ini mendedahkan dia dan wanita berkenaan saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Saya ikut kata hati. Kali pertama berjumpa hati saya mengatakan ya, dialah orangnya.

Selain itu, anak jati Selangor ini tidak bersetuju dengan pandangan orang yang mengatakan kariernya bakal merudum sekiranya berkahwin pada usia muda.

“Rezeki semua di tangan tuhan. Meskipun saya berkahwin dan karier merudum sekalipun, tidak mengapa. Itu takdir hidup saya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya