PETALING JAYA: Penyampai radio, Fara Fauzana, 41, disahkan dijangkiti wabak Covid-19.
Fara mengesahkan perkara itu selepas menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti.
Dia yang mesra disapa Fafau kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.
“Saya jalani kuarantin kendiri sejak Isnin lalu.
“Sebelum ini saya telah melakukan ujian saringan Covid-19 di hospital dan terus pulang ke rumah,” katanya.
Kata Fara, dia mengalami beberapa gejala termasuk sakit tekak, batuk dan lenguh badan.
Dia dalam pada itu telah menghubungi kontak rapatnya dan meminta mereka melakukan ujian calitan dan kuarantin jika perlu.