JAKARTA: Pelakon sensasi, Cynthiara Alona diihukum enam tahun penjara dan didenda 200 juta rupiah selepas terbukti bersalah mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan seksual.
Bekas model itu mengalirkan air mata selepas hukuman dibacakan di hadapannya.
“Hukuman enam tahun penjara dan denda 200 juta rupiah. Mereka (tertuduh lain) juga dikenakan hukuman yang sama,” ujar peguam, Halim Darmawan.
Pada Mac lalu, pihak berkuasa Indonesia menyerbu sebuah hotel di Tangerang Selatan dipercayai menjadi pusat pelacuran remaja bawah umur.
Hasil siasatan polis mendapati hotel berkenaan dimiliki oleh Cynthiara.