Berselera nikmati cencaru bantut - Utusan Malaysia

Berselera nikmati cencaru bantut

IKAN Cencaru Bantut atau sumbat sambal ini sedap dimakan dengan nasi panas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASTI tertanya-tanya dengan resipi kali ini mengapa namanya Ikan Cencaru Bantut. Adakah ikan itu terbantut? Sebenarnya, tidak.

Ujar Norrihan Arshad, 41, yang berkongsi resipi ini, istilah bantut itu bermaksud sumbat. Orang Kedah memanggil ikan sumbat sambal sebagai ikan bantut.

Kebiasaannya, ikan bantut atau sumbat sambal ini menggunakan ikan cencaru. Tetapi ada juga yang menggunakan ikan haruan dan sebagainya. Resipi sambalnya juga pasti berbeza-beza mengikut selera.

NORRIHAN ARSHAD

Untuk kali ini Norrihan menyediakan hidangan yang sesuai untuk dua hingga tiga orang makan. Resipi sambalnya sangat ringkas dan mudah disediakan sepantas kilat.

Menu ini sedap dinikmati bersama nasi panas. Boleh jadi tidak sedar menambah-nambah nasi di pinggan. Selamat mencuba!

Ikan Cencaru Bantut

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru sederhana besar (belah kedua-dua belakang dan bersihkan)
8 tangkai cili kering (rebus atau rendam air panas dan toskan)
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perasa (tambahan)

Cara-cara penyediaan:
1. Bahagian luar ikan dilumur dengan garam kunyit. Ketepikan.
2. Tumbuk semua bahan seperti cili kering, bawang merah, kunyit, serai, jintan, gula dan garam sehingga lumat atau menjadi pes sambal. Boleh juga guna pengisar kering.
3. Isikan belahan ikan dengan pes sambal.
4. Goreng dengan api sederhana untuk elak ikan hangit.
5. Sedia dinikmati dengan nasi panas.

Nota: Ikan yang siap disumbat juga boleh disejuk bekukan. Hanya perlu nyah beku sebelum digoreng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya