"Tiada lagi sepertimu, Mamat. Seorang legenda seni."- Tiara Jacquelina - Utusan Malaysia

“Tiada lagi sepertimu, Mamat. Seorang legenda seni.”- Tiara Jacquelina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon hebat, Puan Sri Tiara Jacquelina terkilan kerana projek istimewa yang dirancang bersama Allahyarham Mamat Khalid tidak dapat disempurnakan.

Menggelarkan Allahyarham sebagai seorang genius, dedah Tiara, pengarah itu pernah meluahkan rasa bengang apabila dia tidak berjaya merangkul trofi pelakon wanita terbaik dalam sebuah anugerah dan berjanji akan menulis sebuah karya agung untuknya kelak.

“Kau janji nak tulis karya yang lebih hebat daripada Puteri Gunung Ledang. Sepatutnya aku kurung kau dalam satu bilik jangan keluar sampai siap tulis skrip.

“Sekarang ini, aku terpaksa tunggu sampai InsyaAllah kita jumpa lagi di akhirat pula suatu hari nanti. Aku tunggu sampai pandemik selesai supaya dapat jumpa dengan kau, malagnya itu tidak akan berlaku,”katanya.

Tiara berkongsi kenangan itu di Instagramnya dan memuat naik gambarnya bersama Allahyarham Mamat.

Allahyarham Mamat menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi selepas rebah di restorannya dan dikejarkan ke hospital.

Dalam perkongsian sama, Tiara juga mengimbau kembali persahabatan bersama Allahyarham yang disifatkan antara legenda seni yang tiada galang gantinya.

“Mat, kau dan aku bersahabat lama. Lawak kita pun, kau dan aku sahaja faham. Abang Mat London pun pelik, apalah dua ekor ini terkikik-kikik (ketawa) terus.

“Tapi itulah permulaan persahabatan kita. Kita bekerjasama dalam projek seni bermula dengan Pukul Dua Petang, Rombongan Cik Kiah sehinggalah Puteri Gunung Ledang, satu karya agung kau untuk aku. Selepas itu kau terus terbang tinggi dan aku bangga melihatnya.

“Äku rindu kau, sahabatku yang genius. Tiada lagi sepertimu. Kau akan sentiasa kekal original, seorang legenda,”katanya.

Dalam perkongsian sama, Tiara juga berkongsi saat dia menjadi antara yang pertama sampai ke hospital apabila Allahyarham mengadu sesak nafas beberapa tahun lalu.

“Aku kecewa sebab kau tak berhenti merokok. Nasib baik Tuhan bagi peluang. Kau tetap tak serik. Isteri kau pun tak berjaya. Aku pun give up nak meleter.

Äku harap kau tak jumpa rokok di syurga nanti. Al fatihah untuk sahabatku yang tersayang, Mohammad Mohammad Khalid,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya