"Tewas akhirnya, dua minggu berlawan dengan diri sendiri" -Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

“Tewas akhirnya, dua minggu berlawan dengan diri sendiri” -Syatilla Melvin

SYATILLA yang kini hamil cahaya mata ketiga alami alahan pelik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALNG JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin akhirnya mengakui tewas dengan alahan yang terpaksa dihadapinya ketika ini.

Menurut Syatilla, sebelum ini dia mencuba melawan alahan peliknya iaitu tidak boleh meilhat rumah sendiri, namun kini terpaksa menginap di hotel buat sementara waktu.

“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tidak keluar dari rumah, lawan emosi serta melawan alahan pelik tidak boleh tengok rumah sendiri ini.

“Tewas akhirnya, rasa hidup tidak berkualiti duduk tengok perabot rumah. Ingin membuat sesuatu pun tidak menjadi, lembik longlai badan.

“Demi Allah, ini kali pertama Tilla ada alahan seperti ini. Kali ini sangat luar biasa, rasa pelik pun ada. Insya-Allah, doakan bayi ketiga ini sihat dan sempurna sifat. Itu penting sekali,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia menitipkan rasa syukur dan menzahirkan penghargaan buat suaminya juga pelakon terkenal, Shaheizy Sam, kerana sanggup melayan alahan pelik yang dialaminya itu.

“Sanggup bawa televisyen besar dari rumah supaya tidak bosan. Kalau dah bawa televisyen, maksudnya bukan duduk seketika ya.

“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidur pun di bawah pun dia ikut. Tidur atas dia ikut, tidur di ruang tamu dia ikut.

“Ini barulah namanya kerjasama selamanya! Sayang awak,” coretnya panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya