Sweet Qismina dan Adam Lee selamat bertunang - Utusan Malaysia

Sweet Qismina dan Adam Lee selamat bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan pelakon terkenal, Sweet Qismina dan Adam Lee selamat mengikat tali pertunangan, semalam, selepas hampir tiga tahun melayari alam percintaan.

Menerusi entri Instagram, pasangan berkenaan dilihat berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi beberapa hantaran gambar ketika majlis pertunangan itu berlangsung.

Menjengah di Instagram Sweet, dia telah memuat naik beberapa keping gambar berpakaian berona biru muda sedondon dengan tunangnya.

Sehubungan itu, pelakon drama popular Adam Chempaka itu juga sempat mencoretkan ucapan penghargaan buat pilihan hatinya kerana telah membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

“Terima kasih atas hajat, tunang saya,” coretnya ringkas di Instagram.

Dalam pada itu, Adam turut mendedikasikan ucapan ringkas sempena ulang tahun kelahiran kekasih hatinya ke-24 yang juga merupakan tarikh pertunangannya, pada tanggal 24 Oktober.

“Selamat hari jadi, tunang saya,” tulisnya ringkas di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, di ruangan komen hantaran tersebut dihujani komen-komen ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis buat pasangan tersebut.

Mereka juga menitipkan doa agar segala urusan mereka menuju hari pernikahan berjalan dengan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya