Suhu badan sudah stabil - Hafizul Kamal - Utusan Malaysia

Suhu badan sudah stabil – Hafizul Kamal

PELAKON Hafizul berterima kasih atas doa yang dipanjatkan orang ramai agar kesihatan dia dan anak sulungnya cepat sembuh daripada Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hafizul Kamal memberitahu, keadaan suhu badan anak perempuannya, Raisya Amanda kini semakin stabil.

Berkongsi berita baik di akaun Instagram miliknya, Hafizul berkata, dalam keadaan pandemik ini alat pengesahan suhu amatlah penting bagi memantau tahap kesihatan dalaman badan.

“Hari kedua suhu badan Raisya Amanda sudah stabil. Berkat doa semua juga, terima kasih.

“Sekadar pesanan lagi, keadaan sekarang ini pastikan ada oxymeter dan termometer yang betul, sentiasa pantau.

“Tidak semua anak-anak pandai bagitahu kalau rasa tidak sedap badan. Kami ada lima hari lagi nak hadap ini,” ujarnya.

Terdahulu, Hafizul Kamal dan anak sulungnya, Raisya Amanda disahkan positif Covid-19 pada 4 Oktober lalu, sementara isterinya, Nurul Fariza Ibrahim dan anak kedua, Sara Erina disahkan negatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya