PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Jasmin Hamid menarik nafas lega sekaligus meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali menjalani pengambaran naskhah popular, Cukup Derita itu.
Menerusi entri Instagram, Jasmin yang memegang watak Mak Ngah Gayah itu memuat naik hantaran gambar yang memaparkan dia bersama para pelakon drama tersebut.
Menurut Jasmin, ada pelbagai konflik dalam plot seterusnya yang akan disajikan kepada para penonton setia naskhah itu tidak lama lagi.
Sehubungan itu, dia memohon kepada warganet agar bersama-sama mendoakan projek itu berjalan dengan lancar
“Selepas beberapa bulan kami dicutikan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Akhirnya dengan izin Allah kami disatukan kembali dalam frame untuk menghabiskan kerja yang tertangguh.
“Kamu semua janji okey, jangan pecahkan televisyen dan istighfar banyak-banyak bila kami kembali di layar skrin anda tidak lama lagi. Pelbagai onar akan timbul lagi selepas ini.
“Ada yang rindu kami tak? Doakan kami dapat menghabiskan drama ini dengan lancar ya. Jumpa anda semua tidak lama lagi,” kongsinya di Instagram.
Sebelum ini, jadual pengambaran drama berkenaan terpaksa ditangguh akibat pelaksanaan PKP di seluruh negara.