PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Nora Danish akhirnya gagal mengawal rasa emosi apabila terpaksa berpisah dengan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli untuk meneruskan pembelajaran di Kolej Tunku Ja’afar, Mantin, Negeri Sembilan.
Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Aku Terima Nikahnya itu memuat naik hantaran gambar serta video menunjukkan air matanya berlinang sambil memeluk Rayqal.
“Sedih hari ini, baru sekolah dekat tidak jauh dari rumah. Macam mana hendak menghantar anak jauh-jauh pergi London. Saya memang tidak boleh.
“Awak kekuatan saya, sebab menjadi diri saya hari ini. Sebab awak, sayang. Saya sayang awak.
“Saya akan merindui awak. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy perlu kuat untuk awak, sayang!” katanya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis memberikan semangat dari jauh buat Rayqal agar kekal bersemangat meneruskan pelajarannya dan diberi kesihatan yang baik di sana.
Sebagai informasi, cahaya mata sulungnya itu adalah hasil perkahwinan yang pertama Nora bersama Jejai.