PETALING JAYA: Pelakon, Zahiril Adzim menegaskan dia masih seorang pelakon dan bukan pendakwah seperti yang dianggap ramai pihak.
Zahiril atau nama sebenar Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 37, berkata apa yang dilakukannya ketika ini adalah kerja agama untuk menyebarkan dakwah.
“Tidak, saya bukan pendakwah. Saya pelakon.
“Saya sama sahaja seperti semua orang, apa pun tak ada.
“Cuma apa yang saya lakukan adalah usaha agama kita panggil. Sebab, usaha menyebarkan dakwah ini tanggungjawab kita semua,” katanya yang menjawab soalan peminat di Instastory.
Dalam pada itu pelakon yang mesra dipanggil Bob ini memberi bayangan tentang perancangannya yang akan datang.
“Tak boleh diberitahu lagi, tak mengejutkan. Ada separuh itu dah berjalan dah pun, dah bergerak dah.
“InsyaAllah, tunggu sahaja. Laman web pun dah nak siap,” ujarnya.