Satu punca pendapatan, Nabila Razali syukur dapat akaun Youtube semula - Utusan Malaysia

Satu punca pendapatan, Nabila Razali syukur dapat akaun Youtube semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas seminggu lebih berdepan dengan situasi akaun Youtube miliknya digodam individu tidak bertanggungjawab, penyanyi, Nabila Razali melahirkan rasa syukur akhirnya berjaya meraih semula akaun tersebut.

Menurut penyanyi berusia 28 tahun ini, dia bagaimanapun mengaku bukan mudah untuk mendapatkan semula akaun tersebut dan pelbagai usaha telah dilakukan demi memastikan akaun itu tidak terus digenggam oleh si penggodam.

“Lama sebenarnya kami nak dapatkan semula akaun itu. Tentulah bila dapat tahu kena godam itu saya rasa sedih sangat sebab itu hasil kerja saya dan pasukan di belakang.

“Selama setahun juga nak kumpul jumlah pengikut dan nak pastikan orang sentiasa tengok bukan sahaja bahan kandungan, tetapi juga video muzik di nawah Nabila Razali Entertainment (NRE),”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi kelmarin.

Selain itu, menurut Nabila, pihaknya tetap berusaha mendapatkan semula akaun itu kerana ia juga merupakan satu daripada punca pendapatannya dalam bidang seni.

“Satu daripada punca pendapatan saya adalah menerusi bahan kandungan dan video muzik di Youtube. Kalau tak dapat memang sedih. Tetapi Alhamdulillah, lepas berusaha dapat juga akaun itu.

“Sekarang saya rasa lega. Kalau tidak asyik terfikir-fikir sebab benda itu bukan mudah kita nak raih. Maksud saya daripada jumlah pengikut dan sebagainya.

“Bila sudah dapat, saya syukur sangat-sangat dan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu, memberi nasihat yang sepatutnya untuk dapatkan semula akaun Youtube itu. Alhamdulillah,”katanya.

Makluman mengenai perkara ini juga telah dimuat naik oleh Nabila menerusi akaun Instagramnya kelmarin dengan rata-rata peminat dan pengikut turut menyambut baik berita gembira itu.

Terdahulu, pada 20 September lalu, Nabila berkongsi berita sedih apabila akaun Youtube NRE telah digodam dan memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkannya kembali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya