‘Satu episod RM250? Ya Allah, kejamnya!’ - Fauziah Nawi - Utusan Malaysia

‘Satu episod RM250? Ya Allah, kejamnya!’ – Fauziah Nawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktres hebat, Fauziah Nawi terkilan dengan tindakan sebuah syarikat produksi yang menawarkan bayaran tidak munasabah kepada pelakon untuk menjayakan sebuah drama.

Bekas penyampai radio itu meluahkan rasa kecewanya di Facebook, menyifatkan tindakan syarikat produksi tersebut sebagai kejam.

“Ada patut ke 20 episod dibayar RM5,000 sahaja. Satu episod jatuh RM250. Ya Allah, kejamnya!

“Saya, kalau ada duit, tak mahu lagi (bekerja) dalam production (syarikat produksi). Bayaran makin teruk. Persekitaran kerja makin teruk,” luahnya.

Dalam perkongsian lain, Fauziah berharap agar masa hadapan karyawan terbela dan tidak lagi diperkotak katikkan.

“Moga akan sampai saatnya bila semua yang terlibat dalam produksi, sama ada karyawan depan atau belakang akan menikmati imbuhan yang berpatutan.

“Sementara penerbit pula akan menikmati pulangan yang menguntungkan bukan lagi sekadar cukup-cukup makan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya