Nidza Afham pertaruh debut terbaharu, Ternyata Bukan Aku. - Utusan Malaysia

Nidza Afham pertaruh debut terbaharu, Ternyata Bukan Aku.

'TERNYATA Bukan Aku' dilancarkan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan peserta rancangan realiti I Can See Your Voice 3, Nidza Afham tampil melancarkan single terbaharunya berjudul Ternyata Bukan Aku, hari ini.

Menurut kenyataan, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal tanah air, Sharon Paul dan lirik ditulis oleh penulis muda serta berbakat, Que Afiq bakal.

“Ternyata Bukan Aku berkisahkan sebuah pasangan yang telah lama bersama namun kehidupan mereka serba tidak bahagia kerana sentiasa mempunyai permasalahan dalam hubungan mereka.

“Lelaki tersebut telah mencuba pelbagai cara mempertahankan hubungannya, akan tetapi pasangannya telah merasa tawar hati atas segala yang diharungi dalam hubungan mereka dan telah menemui seseorang yang akan membuatkan dia lebih bahagia.

“Oleh itu, dia menyedari akan kekurangannya lalu melepaskan wanita yang dicintai akan wanita itu lebih bahagia,” ceritanya serba sedikit mengenai lagu tersebut.

Sebagai informasi, Nidza memulakan langkah pertamanya dalam industri muzik melalui rancangan realiti terkenal tempatan, I Can See Your Voice musim ketiga bersama adiknya, Aufahanie Mokhtar.

Selain dari rancangan realiti televisyen, Nidza dan adiknya juga aktif menyanyikan cover lagu di laman sosial media mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya