“Nana dah lama pendam…” -Nana Sheme simpan hasrat mahu jadi pelakon - Utusan Malaysia

“Nana dah lama pendam…” -Nana Sheme simpan hasrat mahu jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Nana Sheme, meluahkan hasratnya yang sudah lama terpendam untuk melebarkan sayap dalam dunia lakonan.

Menurut Nana, jika dirinya diberi peluang untuk berlakon, sebaiknya dia ingin menimba ilmu terlebih dahulu supaya lebih bersedia untuk melangkah ke set pengambaran.

Jelas penyanyi lagu Hantu Atau Buaya itu, persediaan tersebut merupakan perkara yang penting buatnya agar tidak kelihatan ‘kayu’ atau kekok semasa berlakon.

“Nana sudah lama pendam ini. Ingin sangat nak cuba berlakon. Cuma kalau boleh, nak masuk kelas dahulu.

“Ambil ilmu, jadi tidaklah kayu kan. Jadi penyokong ke, boleh menimba pengalaman,” luahnya di Instagram.

Mengulas lanjut, penyanyi itu juga sudah bersedia untuk menyertai kelas lakonan atau uji bakat sebagai permulaan langkahnya menjadi seorang pelakon.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet meninggalkan komen positif buat Nana selain meluahkan perasaan teruja dan tidak sabar untuk menonton figura itu di layar skrin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya