Nabila Razali terima Anugerah Platinum - Utusan Malaysia

Nabila Razali terima Anugerah Platinum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lebih setahun dilancarkan, lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya meraih 2 Platinum Award yang mencatatkan keuntungan melebihi RM400,000 di semua platform streaming dan YouTube.

Menerusi perkongsian bersama Utusan Malaysia, Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi.

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik saya buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.

“Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan.

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya.

Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2 Platinum Award kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat keuntungan sehingga RM400,000.

Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih keuntungan sebanyak RM200,000.

Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti.

Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.

“Bagi saya, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut.

“Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi.

Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya