“Masalah berat mana pun kita yang kawal” - Dira Abu Zahar - Utusan Malaysia

“Masalah berat mana pun kita yang kawal” – Dira Abu Zahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Dira Abu Zahar meluahkan rasa bangga apabila semakin ramai wanita mempunyai hobi dengan permotoran motosikal berkuasa tinggi.

Dira yang berkongsi pengalaman kali pertama menjinakkan diri dalam aktiviti tersebut di Instagram, berkata, minatnya pada kegiatan itu masih sama sejak 20 tahun lalu.

“Dari boleh bilang dengan jari, sekarang sudah ramai wanita berani dengan hobi motor besar ini. Bangga! Jadi betullah saiz bukan ukuran, apa yang penting, semangat.

“Besi berat mana pun, kita yang kawal dia. Masalah berat mana pun, kita juga yang kawal,” katanya.

Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, turut mengimbau di awal permulaan melibatkan diri dalam arena berkenaan tanpa diketahui oleh ibu bapanya.

“Kalau ada minat yang sama, dan teringin sangat nak bawa motor besar, tapi belum mampu lagi, tidak mengapa, teruskan usaha. Insya-Allah. Saya bermula tanpa pengetahuan kedua ibu bapa.

“Simpan duit sendiri. Kerja semua jenis pekerjaan dari zaman belajar. Perlahan-lahan kayuh, beli motor, aksesori sikit-sikit. Yang penting kekalkan misi sebagai matlamat hidup,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan perkongsian hantaran tersebut, majoriti di kalangan peminat dan pengikut memuji keberaniannya yang pandai mengawal “besi berat” berkenaan.

Malah, ada juga rakan-rakan artis juga mengusiknya.

“Dari dulu sampai sekarang tetap dengan motosikal. Ingat sudah pakai baju kurung tidak bawa sudah,” sakat pelakon Datuk Fizz Fairuz.

“Awak masih ganas ya,” komen pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya