Makan malam Yatt Hamzah terbantut, anak alami kecederaan di dahi. - Utusan Malaysia

Makan malam Yatt Hamzah terbantut, anak alami kecederaan di dahi.

KELIHATAN darah yang mengalir pada wajah Medina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Yatt Hamzah mengalami detik mencemaskan selepas cahaya mata ketiganya, Suci Hayfa Medina mengalami kecederaan di bahagian dahi sewaktu sedang bermain di kediamannya.

Menerusi entri Instagram, Yatt memuat naik beberapa hantaran gambar yang memaparkan kecederaan yang dialami oleh anak perempuannya itu.

Menurut pelakon tersebut, kejadian berkenaan berlaku semasa dia sedang bersiap sedia untuk makan malam.

“Baru nak makan malam, terus terbantut bila Iqlima menjerit kuat menangis memberitahu adiknya, Medina jatuh berdarah banyak di dahi.

“Macam inilah gelagat anak-anak bonda terutama Medina, memang sedang buas ada sahaja aktivitinya,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, dia memohon warganet untuk menitipkan doa buat anaknya agar kelukaan yang dialaminya itu segera sembuh.

“Perkara nak jadi, mohon semua doakan Medina segera sembuh. InsyaAllah dia kuat,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata pengikutnya dan rakan artis turut mendoakan agar Medina kekal kuat dan segera sembuh.

“Ya Allah, Syafakillah Medina. Moga cepat sembuh,” tulis Heliza Helmi di ruangan komen.

“Ya Allah, semoga cepat baik baby girl,” coret Fedtri Yahya menerusi komen yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya