Lari dari pusat kuarantin, Rachel Vennya mohon maaf - Utusan Malaysia

Lari dari pusat kuarantin, Rachel Vennya mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pempengaruh sensasi Indonesia, Rachel Vennya memohon maaf secara terbuka kerana melarikan diri dari pusat kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Lapor portal Liputan6, permohonan maaf itu dibuat ibu kepada dua orang anak itu ketika menjadi tetamu di dalam program Youtube Boy William, semalam.

“Saya ingin memohon maaf lagi dan akan terus melakukan demikian terutama kepada orang-orang yang berjuang melawan Covid-19.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada mereka yang terheret dengan masalah ini kerana telah menyusahkan mereka,” katanya.

Kata Rachel lagi, dia kesal dan telah belajar daripada kesilapan yang berpunca daripada sikap degilnya itu.

“Saya sedar dengan kesilapan saya yang ego dan sombong.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak media yang sejak semalam cuba menghubungi saya. Mental saya belum kuat untuk berbicara tentang ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jurucakap hal ehwal Covid-19, Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi meminta penguatkuasa undang-undang negara itu agar melaksanakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selebriti Instagram itu.

Tegasnya, kerajaan Indonesia tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu di negara itu yang melanggar perintah kuarantin yang telah ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya