Krisdayanti bantu baiki gereja uzur - Utusan Malaysia

Krisdayanti bantu baiki gereja uzur

KRISDAYANTI turut menyumbangkan alatan muzik untuk aktiviti agama penganut Kristian di gereja Jamaat Tambakasri, di Malang dekat Jakarta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti mencuri perhatian warganet selepas tampil menghulur bantuan membaiki sebuah gereja uzur yang terletak di daerah Malang, dekat sini.

Krisdayanti yang berkongsi perkara itu di Instagramnya berkata, tujuannya bersama-sama membangun semula gereja tersebut adalah atas dasar rasa prihatin terhadap penganut agama Kristian di daerah itu yang juga perlu beribadat dalam keadaan selesa.

“Tahun lalu saya didatangi seorang paderi yang memberitahu tentang keadaan gereja di daerahnya yang sudah uzur.

“90 peratus penduduk di kawasan itu beragama Kristian dan gereja itu satu-satunya tempat beribadah yang masih digunakan meskipun keadaannya uzur dan hampir runtuh.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, program pembangunan Balai Latihan Kerja Komuniti Gereja Jamaat Tambakasri kini sedang dibangunkan,” kongsinya.

Selain itu, ibu kepada penyanyi Aurel Hermansyah ini turut menyumbangkan peralatan muzik untuk digunakan di gereja berkenaan.

“Selain bangunan, bantuan alat muzik juga disalurkan untuk aktiviti keagamaan penduduk di sini. Semoga bermanfaat,” tulisnya lagi.

Tindakan Krisdayanti itu menerima maklumbalas yang pelbagai khususnya dari rakan selebriti yang rata-rata kagum dengan semangat muhibah dan keprihatinan Diva Indonesia itu terhadap keperluan penganut agama lain.

“Kamu memang berbeza. Inilah sebabnya kamu disayangi ramai!” tulis pelakon, Sophie Navita.

Dalam masa yang sama, penyanyi, Nowela Elizabeth Auparay meluahkan rasa terharu di ruangan komen.

“Mimi, mahu menangis saya melihatnya. Terima kasih atas kasih Mimi untuk saudara-saudara penganut Kristian,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya