TURUN naiknya karier artis dalam arena hiburan itu adat. Tetapi dari segi nama, Masya Masyitah sudah cukup kuat untuk dikenali di persada muzik tempatan. Apatah lagi lagu Halimunan secara tidak langsung mengukuhkan lagi namanya di industri muzik. Dalam perkembangan terbaharu, penyanyi genit yang mula bersinar bakat seni suaranya sejak 12 tahun lalu dan menerusi lagu Halimunan itu kini tampil dengan single terbaharu berjudul, Remuk. Lagu tersebut merupakan versi nafas baharu yang ditukar menjadi Bahasa Melayu dari single sedia ada dalam Bahasa Mandarin iaitu Jiu Meng Xin Su. Kongsi Masya atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya