“Kerinduan yang tiada penghujung” -Aliff Syukri - Utusan Malaysia

“Kerinduan yang tiada penghujung” -Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan jutawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menitipkan rasa kerinduan buat arwah nenek kesayangannya, Aminah Satar yang telah hampir seminggu dijemput Ilahi.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu memuat naik beberapa keping gambar keluarganya bersama arwah buat kali terakhir, tanda rindu terhadap seseorang yang telah pergi selamanya.

Kongsi Aliff, dia turut meluahkan kesedihan apabila mengenang semula arwah nenek dan ayahnya, saat bersendirian.

“Kerinduan yang tiada penghujung. Gambar ini terlalu bermakna untuk keluarga kami. Kebanggaan kami nenek, monyang serta ibu kepada Bonda Rozita yang kami sanjung.

“Bila saya duduk diam, bila teringat dengan arwah, saya sedih. Dua orang yang saya paling sayangi iaitu arwah abah dan nenek yang telah tiada di dunia ini,” katanya di Instagram.

Menurut Aliff, setiap kali pulang ke kampung pasti akan bergambar bersama arwah di lokasi yang sama, namun harus reda dengan takdir dan ketentuan yang sudah tertulis buat dirinya dan keluarga.

“Bila balik kampung, saya akan memastikan bergambar dengan nenek, tempat serta lokasi yang sama. Sebelum kami menaiki kereta tanda kenangan.

“Tak sangka, ini adalah gambar kali terakhir kami di kampung selepas ketiadaan arwah. Tempat ini jugalah kami bergambar sekeluarga bersama mak.

“Saya sedih sangat bergambar di sini. Semoga arwah gembira dan tenang di sana,” coretnya panjang.

Pada 3 Oktober lalu, Allahyarham Aminah Satar telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 pagi akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya