“Jika benar, semoga Allah keluarkan dari kesulitan” -Pesanan sahabat baik buat Ebit Lew - Utusan Malaysia

“Jika benar, semoga Allah keluarkan dari kesulitan” -Pesanan sahabat baik buat Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah wanita dan sahabat baik kepada Ustaz Ebit Lew, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria menitipkan pesanan kasih sayang buat pendakwah bebas susulan kontroversi dakwaan kes gangguan seksual, yang menjadi perbualan hangat ketika ini.

Menerusi entri Facebook, Laila mencoret panjang sebuah pesanan dan kata-kata nasihat buat figura tersebut serta seluruh rakyat Malaysia.

Menurut Laila, jika segala dakwaan yang tular sejak kebelakangan itu benar belaka, maka dia menitipkan doa kepada Ilahi supaya membawa keluar Ebit Lew dari segala kesulitan yang dihadapinya pada masa ini.

“Pesanan kasih sayang Allah buat sahabat baikku, Ustaz Ebit Lew dan seluruh rakyat Malaysia. Seandainya benar apa yang diperkatakan orang tentang dirimu, semoga Allah mengeluarkanmu dari segala kesulitan hidupmu serta kesakitan yang kau tanggung.

“Sehingga kau melakukan kerosakan sebegini besar. Ketahuilah bahawa ia kerosakan yang besar. Semoga Allah mengampunkanmu dan mengampunkan diriku serta semua rakyat Malaysia.

“Sesunggunya padamu tergalas begitu banyak harapan manusia dan amanah yang perlu dipikul,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, pendakwah wanita itu turut memohon kepada Allah agar mengajar Ebit dengan kebaikan, jika segala kontroversi itu adalah fitnah semata-mata.

Malah, dia juga berpesan kepada sesiapa yang tidak mengetahui isu sebenar dinasihatkan supaya tidak menyokong atau mengeji kerana kebenaran masih belum dirungkai lagi.

“Pasti ada ubat dan penawar. Ubatilah dirimu dan carilah jalan keluar sebelum terlambat. Terlalu ramai ingin menolongmu. Seandainya ia merupakan fitnah, semoga Allah mengajarimu dengan sebanyak-banyak kebaikan yang tidak terhitung.

“Buat yang tidak tahu akar umbi dan pengetahuan sangat terhad, maka lebih baik tidak menyokong serta mengeji. Boleh jadi, tuan puan menyokong walhal sedang menyokong kemungkaran yang tersembunyi.

“Dan bila mana menuduh orang lain membuat fitnah ke atas Ebit, boleh jadi tuan puan pula sedang memfitnah mereka tersebut yang menjumpai kebenaran. Malah, jika benar ada pengetahuan 100 peratus dia tidak melakukannya, bantulah dia keluar dari fitnah ini,” tulisnya panjang.

Difahamkan, siasatan masih terus dijalankan dan Ebit Lew dipanggil semula ke Bukit Aman, Jumaat lalu untuk mengambil keterangan berhubung isu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya